Tanda Awal Kencing Manis

Posted by

Kencing manis antara wabak yang berleluasa. Saya kategorikan sebagai “wabak” dalam erti kata peningkatan yang drastik terhadap penyakit ini. Jom kita lihat statistik dahulu sebelum kita melangkah ke tanda awal kencing manis.

tanda awal kencing manis

Menurut “Obesity Prevention Council, June 2013”, satu daripada 5 rakyat Malaysia adalah pengidap kencing manis. Berapa jumlah rakyat Malaysia? Pada 2017, penduduk Malaysia dianggarkan sebanyak 32.0 juta orang dengan 28.7 juta warganegara dan 3.3 juta bukan warganegara.

Selepas menolak wakga asing, jika saya mengira secara telus menurut statistik di atas, kira-kira 5.74 juta rakyat Malaysia berisiko dan sebahagiannya telah di diagnose sebagai pengidap kencing manis untuk tahun 2017! Ini jumlah yang mengerikan dan meningkat setiap tahun. Ini umpama penyakit wabak. Seolah-olah, setiap keluarga mempunyai seorang pengidap kencing manis.

tanda awal kencing manis

Saya yakin statistik ini boleh meningkat jika kita masih dengan gaya hidup dan corak pemakanan yang sama seperti sekarang.

Dan kita boleh bayangkan jumlah kos perubatan yang perlu di keluarkan oleh kerajaan untuk perbelanjaan rawatan kencing manis. Malah, jumlah kos perubatan oleh pesakit sendiri. Adakah kita sudah bersedia?

Apakah Pre-Diabetis dan Tanda Awal Kencing Manis?

Pre-diabetis adalah keadaan di mana kita mempunyai level insulin yang tinggi dalam darah, tinggi trigeliceride, rendah HDL (kolestrol baik) dan rintangan insulin dalam tubuh anda, pinggang (waistline) yang bertambah lebar namun kadar gula dalam darah yang lebih tinggi dari biasa tetapi belum cukup tinggi untuk di sahkan sebagai pengidap diabetis atau kencing manis.

Anda di dalam fasa antara normal dan diabetis (gray zone).

tanda awal kencing manis

Keadaan ini di sebut dengan pelbagai nama seperti “metabolic syndrome (Syndrome X, rintangan terhadap insulin)”, bacaan glukos terjejas (impaired glucose tolerance).

American Diabetis Association memanggil keadaan ini sebagai “wake-up call” atau jam loceng untuk anda sedar.

Jika keadaan ini di abaikan, anda di dalam kategori pre-diabetis berpotensi tinggi untuk di gelar pengidap diabetis di kemudian hari. Level gula dalam darah anda boleh naik mencanak tanpa lampu signal dan anda kemudiannya berisiko untuk di diagnose sebagai pengidap diabetis Type II dalam masa 10 tahun.

Diabetis meningkatkan risiko serangan jantung sebanyak 50%.

Berapa kerap anda melakukan pemeriksaan kesihatan penuh? Jika anda sebelum ini mengabaikannya, saya sarankan lakukan hari ini dan teruskan pemeriksaan berkala ini pada setiap 2 tahun. Ini mungkin boleh mencegah dan memberi tanda awal penyakit kencing manis.

Pre-diabetis adalah seperi isyarat lampu pada kereta yang mula berkelip. Namun, anda tidak tahu di mana kerosakan teruk yang bakal berlaku. Anda mungkin mengetahuinya setelah menghantar kereta ke bengkel untuk melakukan pemeriksaan.

Pada keadaan pre-diabetis, gula dalam darah anda sudah tinggi (border line) tetapi belum cukup tinggi untuk di diagnose sebagai pengidap diabetis. namun, kerosakan organ penting seperti jantung, buah pinggang, arteri, sistem saraf dan mata sudah mula berlaku dalam keadaan tidak sedar di sebabkan kadar insulin yang tinggi dalam darah dan sel tubuh anda tidak sensitif dengan kehadiran insulin. Sel anda mula mengabaikan isyarat dari insulin.

Sumber Gula Dalam Darah

Gula datang dari makanan yang anda makan setiap hari. Sumber karbohidrat (roti, nasi, mee,etc) akan di tukarkan kepada gula dalam dalam badan. Jangan bayang gula pasir je yang jadi gula tau.

Minuman seperti jus buah, air kesihatan seperti (vitage*, susu berkultur), air bikarbonate (coke, pepsi, 100%, etc) dan teh tarik sangat tinggi kandungan gula yang anda tidak sedar. Saya akan senaraikan dalam entri yang akan datang, insyaAllah.
.
faktor-faktor diabetis

Apakah Penyebab Pre-Diabetis atau Tanda Awal Kencing Manis?

Penyebab sebenar pre-diabetes tidak diketahui. Namun, saitis percaya ia adalah pertembungan antara genetik keluarga dan keadaan kehidupan kita pada zaman ini di mana makanan yang diproses adalah terlalu banyak dan tidak sihat, namun latihan fizikal bukan satu kewajipan sebagai aktiviti harian sebagai penyebab tanda awal kencing manis.

tanda awal kencing manis

Tidak aktif dan lemak yang berlebihan – terutama lemak perut – juga kelihatan menjadi faktor penting. Apa yang jelas ialah mereka yang mempunyai pre-diabetes, tubuh tidak tidak lagi memproses gula (glukosa) dengan betul. Akibatnya, gula berkumpul di dalam aliran darah dan bukannya melakukan kerja biasa untuk memberi tenaga kepada sel yang membentuk otot dan tisu lain menjadi tanda awal kencing manis.

tanda awal kencing manis

Ramai antara kita berada dalam kategori obesiti sekitar 44.2% yang berisiko tinggi terkena diabetis. Anda obes? Tidak perlu malu. Mulakan perubahan hari ini. Jika bukan kita yang berubah, siapa lagi? Klik di sini dan alami sendiri perubahan yang menabjubkan.

Bagaimana Insulin Bertindak Menurunkan Jumlah Gula Dalam Darah?

Kebanyakan glukosa dalam badan kita berasal dari makanan yang kita makan. Apabila makanan dicerna oleh perut, makanan di tukarkan kepada dan gula kemudiannya memasuki aliran darah. Kadar gula dalam darah menjadi tinggi sejurus selepas makan, isyarat di hantar kepada pankrease (dihasilkan oleh beta sel) untuk melepaskan sejumlah insulin  sehingga gula berada pada paras normal.

Memindahkan gula dari aliran darah ke sel badan anda memerlukan hormon (insulin). Insulin berasal dari kelenjar yang terletak di belakang perut iaitu pankreas. Pankreas merembeskan insulin ke dalam aliran darah apabila kita makan. Ia membolehkan gula memasuki sel badan – apabila gula diserap oleh sel badan dan digunakan sebagai tenaga, maka jumlah gula dalam aliran darah menurun. Apabila kadar gula sudah cukup rendah semula, pankreas berhenti melepaskan insulin. 

tanda awal kencing manis

Namun, apabila gula dalam darah menjadi sangat rendah, pankreas (alpha sel) bertindak melepaskan hormon glucagons, yang dengan pantas berperanan menaikkan semula kadar gula dalam darah ke paras normal.

Lebihan gula dalam darah yang tidak digunakan akan di tukarkan kepada kanji (startch) dan di simpan di dalam gudang simpanan iaiti di otot dan hati untuk kegunaan masa lain. Apabila gudang simpanan telah padat, lebihan gula akan di tukarkan kepada sejenis lemak iaitu trigelicerides yang kemudiannya di bawa di dalam darah dan di simpan sebagai lemak. Ini merupakan tanda awal kencing manis.

Proses ini merupakan proses tanpa henti (non-stop) selagi pankreas anda sihat untuk bekerja secara normal.

Untuk mereka yang sihat, hanya sejumlah kecil insulin sudah mencukupi untuk mengekalkan paras gula dalam darah. Mereka dalam kategori ini (sihat) biasakanya tidak mempunyai masalah;

  1. Tiada masalah lebihan insulin dalam darah,
  2. Berat badan normal – tidak berjuang menurunkan berat badan
  3. Kadar gula dalam darah yang normal
  4. Kurang nafsu ‘craving’ terutama kepada karbohidrat yang di proses
  5. Jumlah kolestrol yang sihat – tinggi HDL (kolestrol jahat) dan rendah LDL (kolestrol jahat), rendah lemak trigelicerides

Bagaimana Paras Gula Dalam Darah Menjadi Tinggi?

Apabila anda mempunyai pre-diabetes, proses ini sudah bercelaru dan mula berfungsi dengan tidak wajar. Daripada menstimulasi sel-sel anda, jumlah gula semakin meningkat di dalam aliran darah dan menjadi tanda awal kencing manis

kadar gula dalam darah tanda awal kencing manis

Kadar gula dalam darah menjadi tinggi berlaku jika;

  1. Apabila pankreas tidak merembeskan insulin yang mencukupi walaupun jumlah gula dalam darah yang tinggi, atau
  2. Sel menjadi tidak sensitif dengan kehadiran insulin, atau kedua-duanya.

Apa yang terjadi jika sel tidak sensitif terhadap insulin? Ini di sebut sebagai rintangan insulin (insulin resistance). Rintangan ini menyebabkan paras gula dalam darah menjadi tinggi dan semakin tinggi. Untuk stabilkan gula dalam darah, Pankreas tetap mengepam insulin, pankreas mengepam lebih insulin dari sepatutnya untuk mengatasi rintangan di sebabkan sel menolak (refuse) untuk menyerap gula. Hal ini menyebabkan kedua-dua insulin dan paras gula dalam darah menjadi sangat tinggi.

Akhirnya, dengan kekuatan insulin yang banyak, insulin berjaya menolak gula masuk ke dalam sel badan. Kadar gula dalam darah menurun tetapi kadar insulin masih tinggi. Lebihan insulin yang tinggi ini akan berlegar-legar di dalam darah dan berbahaya kepada tubuh seperti mana tinggi gula dala darah. Sekarang, anda sangat berisiko tinggi untuk terkena penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan diabetis.

Ini adalah tanda awal kencing manis yang selalu kita lalai.

Harus di ingat, keadaan ini bukan berlaku sekali (once-off) namun ia berulang dan berlaku setiap masa. Pankreas perlu bekerja lebih keras nak mengawal kadar gula. Lama-kelamaan pankreas boleh hilang keupayaan disebabkan “overwork”.

tanda awal kencing manis

Pada fasa ini, pemeriksaan kesihatan anda tidak menunjukkan tanda-tanda diabetis atau masalah dengan pankreas kecuali,

  1. Insulin yang sedikit tinggi namun kadar gula dalam darah masih menunjukkan bacaan normal.
  2. Jumlah kolestrol keseluruhan (total cholestrol) yang normal, namun kemungkinan paras kolestrol jahat (LDL) sedikit tinggi.
  3. Di sebabkan sel kekurangan tenaga (daripada gula), anda akan berasa letih dan juga mengalami  “craving” terhadap makanan tinggi gula dan karbohidrat kerana sel tubuh perlukan tenaga untuk menjalankan semua proses tubuh.

Ini adalah permulaan kepada pre-diabetis.

Menurut kajian, setiap tahun lebih kurang 4-9% mereka yang tergolong dalam pre-diabetis akan di diagnose sebagai pengidap diabetis Type II dikemudiannya.

Bagaimana Saya Nak Mengesan Pre-Diabetis atau Tanda Awal Kencing Manis?

Paras insulin yang setiasa tinggi ini menyebabkan hati menerima signal yang salah dan proses tubuh bercelaru. Penyakit pula sudah mula mengintai anda dalam diam.

  1. Hati akan mengeluarkan lebih banyak trigeliceride (sejenis lemak) menyebabkan darah menjadi pekat dan likat. Meningkatkan risiko darah beku.
  2. Kolestrol HDL (kolestrol baik) menjadi rendah. Kombinasi rendah HDL dan tinggi trigelicerides sangat berbahaya kepada jantung.
  3. Hati akan menghasilkan lebih banyak low LDL (kolestrol jahat)
  4. Menggalakkan pengumpulan  lemak, terutama di bahagian perut dan pinggang
  5. Tekanan darah menjadi tinggi
  6. Menggalakkan pengumpulan plague pada dinding arteri
  7. Meransang nafsu makan terutama meningkatkan keinginan terhadap karbohidrat
  8. Mengurangkan kemampuan tubuh untuk menguraikan darah beku

1.Overweight atau Lebih Berat Badan (Kategori Obesiti) Adalah Tanda Awal Kencing Manis

cara kira BMI dan obesiti

2. Gaya Hidup Tidak Aktif.

Gaya hidup tidak aktif meningkatkan risiko obesiti. Obesiti adalah hasil dari penghasilan tenaga VS penggunaan tenaga yang tidak seimbang. Seharusnya “energy in = energy out”. Maksudnya tenaga yang masuk lebih banyak dari tenaga yang di gunakan. (anda mengambil kalori lebih dari kegunaan).

3. Kadar Gula Dalam Darah Semasa Berpuasa

Jika kita merujuk kepada jadual paras gula di atas, normal bacaan gula dalam darah apabila berpuasa adalah 3.0 – 5.5 mmol/L. Anda tidak akan di sahkan sebagai pengidap diabetis sehinggalah bacaan gula melebihi paras >7 mmol/L.

Pada bacaan 5.6-6.9 mmol/L, anda berada pada paras berjaga-jaga iaitu pre-diabetis dan di sebut sebagai tanda awal kencing manis. Pada fasa ini, kadar gula dalam darah adalah sedikit tinggi. Sudah tentu juga paras insulin juga tinggi dalam darah kerana tugas utama insulin adalah menurunkan paras gula. Ini meningkatkan risiko rintangan insulin.

4. Rendah Kolestrol HDL (Baik)

  • Lelaki – HDL < 1.1 mmol/L
  • Wanita – HDL < 1.5 mmol/L

Kolestrol HDL diperlukan untuk membawa keluar kolestrol LDL (jahat) dari tubuh menerusi hempedu. Kekurangan kolestrol HDL meningkatkan risiko penyakit jantung.

5. Tinggi Lemak Trigelicerides

Bacaan lemak Trigelicerides > 1.5 mmol/L. Trigelicerides dalam jumlah yang besar menyebabkan darah menjadi pekat, dan arteri tersumbat. Meningkatkan risiko serangan jantung.

6. Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah > 130/85 ke atas.

  1. Systolic – Tekanan yang dihasilkan apabila otot jantung mengecut dan menghantar darah melalui arteri.
  2. Diastolic – Tekanan yang tertinggal apabila jantung mula mengisi darah beroksigen

Tekanan darah tinggi adalah punca utama penyakit jantung. Lebihan insulin menyempitkan salur darah seterusnya meningkatkan tekanan darah. Secara senyap, tekanan berlebihan menyebabkan geseran berlaku antara darah dan dinding dalur darah. Kegagalan jantung berisiko berlaku apabila salur darah rosak.

  • Pada masa yang sama, buah pinggang mengecut.
  • Kerosakan pada retina mata dan menbawa kepada rabun dan hilang keupayaan melihat.

7. Faktor Keturunan

Hampir 80% pre-diabetis mempunyai sejarah ahli keluarga pengidap diabetis Type II.

8. Selalu Mengambil Karbohidrat Dalam Diet Harian

Pengkhianat utama terhadap masalah kesihatan kita adalah KARBOHIDRAT. Di mana-mana kita akan melihat menu dan makanan lebih dari sumber karbo. Tidak seperti lemak dan protien. Karbohidrat mempunyai kesan langsung kepada peningkatan jumlah gula dalam darah.

Cara Untuk Menjauhi Diabetis

  1. Diet – kurangkan makanan manis dan karbohidrat terutama yang diproses
  2. Minda – elakkan terlalu stress. amalkan aktiviti untuk positifkan minda
  3. Senaman – senaman selama 3x sekurang-kurangnya 20 min setiap sesi

Ada 3 keadaan di mana kita boleh manipulasi proses gula dalam tubuh sebab Allah S.W.T jadikan tubuh kita flexsible;

1. Bila kita exercise – sel boleh serap gula dari darah tanpa kehadiran insulin..

2. Bila sel otak perlukan tenaga- banyak berfikir banyak la gula yang digunakan. Sel otak tidak memerlukan insulin untuk menyerap gula dan guna sebagai sumber tenaga.

Tapi saya concern sejauh mana kita guna otak? Macam banyak membawang, mengoci dan mengopi sahaja. Lain la Tun M.

3. Untuk naikkan prestasi insulin, lebihkan fiber (dari sayur dan buah). Sebab itu fiber sangat bagus untuk tubuh.

Ibarat nak naikkan prestasi minyak kete. Nak pergi lebih kilometer kan?
Contoh; Harga minyak sama kan.

Minyak A -1 Liter pergi 10 km
Minyak B- 1 Liter pergi 15 km
Minyak C – 1 Liter pergi 18 km

Anda nak pilih yang mana? Mesti lah yang lebih km. Matematik mudah je ni.

Begitu la peranan fiber.

Bagaimana Produk Shaklee Boleh Membantu Anda Mengubati Pre-Diabetis atau Tanda Awal Kencing Manis?

ubat untuk kencing manis

1.Vivix – Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.

2. Vitalea – Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.

3. KLIK ESP – Makanan lazat yang kaya dengan kalsium and protein. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol. Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

4. KLIK Omega Guard – Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat.

5. KLIK SR Vitamin C – Vitamin C semula jadi untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita.

6. KLIK GLA Complex – Diformulasi khas untuk membantu wanita mengekalkan kesejahteraan menyeluruh sepanjang kitaran haid bulanan.

7. KLIK B Compleks – Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.

8. KLIK Nutriferon – Meningkatkan imun sistem anda secara semulajadi

Bagaimana Mendapatkan Produk Shaklee Pada Harga Jimat?

Berita baik untuk semua kerana produk Shaklee menjadi lebih murah kerana #zeroGST bermula 1 June 2018. Untuk membuat pembelian secara online melalui website shaklee2u, anda boleh klik link di bawah.

KLIK DI SINI—> Harga Set Shaklee

KLIK DI SINI—> Promosi RSS Kolagen Shaklee July 2018

Nak mendapatkan produk Shaklee pada harga secara istimewa dengan penjimatan sehingga 20% serta berpeluang menjana pendapatan 4 – 5 angka sebulan?

Hubungi saya hari ini 019-4008642 untuk pendaftaran sebagai ahli.

Extra Tips : Anda boleh guna ID saya 1204762 secara PERCUMA untuk mendapatkan keahlian Shaklee. Hubungi saya (019-4008642) sekiranya anda memerlukan bantuan untuk pendaftaran.

Kenapa Anda Perlu Pilih Saya dan Shaklee?

Sekiranya anda inginkan hidup yang sihat, Shaklee telah membuktikan bahawa produknya boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular.

Saya sangat komited untuk mengubah tahap kesihatan anda melalui BigWhyShaklee dan ini yang saya alami sejak menemui Shaklee tahun 2013. Saya memberi konsultasi secara percuma, cara pemakanan melalui ShakleeWay dan ianya ekslusif untuk pengguna Shaklee dengan saya.

Saya mempunyai objektif #StayYoungRetireHealthy kerana Health is Wealth. Bagaimana dengan anda?

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee dan berpeluang jana pendapatan 4-5 angka boleh hubungi saya dan saya akan sedaya upaya membantu anda.

❤️Skinny is not sexy.
❤️Health is!

Klik di sini untuk menyertai program Detoks Shaklee 

cara detoks mudah

Klik disini —–> 6019-4008642 (Ayu)

Klik disini —–> Blog – kusupermak.com

Klik disini —–> FB: Norhidayu Darus

Klik disini —–> Ig – mudahnya_cantik_berpantang

Penafian: Kandungan, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di sini adalah untuk mendidik pengguna mengenai isu penjagaan kesihatan dan perubatan yang mungkin berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Laman web ini tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti kepada nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan lanjutan yang dianjurkan oleh pakar perubatan anda. Harga promosi tertakluk dengan syarat sah selagi stok masih ada.

Leave Us A Message

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.