Ostematrix – Lebih Dari Pembina Tulang

Posted by

Kalsium merupakan antara mineral yang banyak terdapat dalam tubuh kita. Salah satu kepentingan utama kalsium ialah untuk ketumpatan tulang. Tulang merupakan sistem sokongan tubuh anda, kerana itulah amat penting untuk anda memastikan ia kekal kuat dan sihat. Tubuh kita membina tulang baharu dengan pantas, tetapi apabila umur kita meningkat, kadar kehilangan tulang adalah lebih banyak berbanding kadar tulang yang dibina menggalakkan osteoporosis berlaku.

cara elakkan osteoporosis2

2 Peranan Kalsium Dalam Tubuh

1.Kalsium ialah mineral yang berperanan penting dalam sistem saraf dan fungsi otot

2. Kalsium penting dalam menggalakkan penghasilan sel tulang, meningkatkan kepadatan tulang

Sistem rangka manusia adalah penting untuk dua sebab utama; yang pertama adalah sokongan struktur organ dan tisu lain yang berkaitan, yang kedua adalah berkaitan dengan kumpulan otot yang membenarkan badan kita bergerak dalam bentuk yang lebih fleksible.

Rangka itu dibina daripada tisu semulajadi yang keras yang disebut tulang dan kartilag. Kerangka manusia dewasa terdiri daripada 206 tulang. Sesetengah daripada tulang ini memberi perlindungan kepada organ-organ dalaman badan dari ancaman luaran.

Sementara yang lain melakukan fungsi khusus seperti;

  • Tulang dalam telinga berperanan menyampaikan getaran bunyi untuk pendengaran.
  • Matriks tulang juga menyediakan sel semulajadi untuk penyembuhan dan ion mineral yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan biokimia dalam badan.
  • Sebagai contoh, tahap kalsium dalam badan dipantau dan dikawal dengan teliti (dalam proses yang dipanggil homeostasis) kerana kalsium adalah elemen penting yang terlibat dalam tindakan otot dan pengaliran saraf

Bagaimana Kalsium Bertindak Seiring Dengan Proses Pembinaan Tulang

Mineral yang terdapat dalam tulang terdiri daripada hydroxyapatite crystal, merupakan kombinasi kalsium dan phosphate. Hydroxyapatite crystal pula tertanam di dalam kolagen fiber tisu. Ia membentuk mineral tulang dan matriks gigi yang memberikan tulang dan gigi kekuatan.

Komposisi Tulang

Pembentukan tulang (osteogenesis) bermula seawal peringkat janin dan berterusan sepanjang masa dewasa. Sepanjang tempoh ini, tulang bayi yang lembut akan bertambah keras pada masa kanak-kanak, akhirnya menjadi cukup kuat ketika dewasa.

Proses pengerasan atau ossifikasi ini adalah hasil tulang rawan (hyaline) pada awalnya yang berubah menjadi tulang. Terdapat dua cara di mana pengerasan (ossifikasi) boleh berlaku. Kedua-dua kaedah menghasilkan tisu tulang dengan menggantikan rawan yang sedia ada.

  1. Yang pertama adalah intramembranous dan;
  2. Yang kedua adalah endochondral

99% kalcium adalah terdapat pada tulang dan gigi. Hanya 1% terdapat dalam tisu dan darah. Tisu tulang sentiasa mati dan digantikan dengan tisu baru dalam proses pembentukan semula tulang.

  1. Resorption – Sel tulang (osteoclasts) bertugas menghancurkan (dissolved) tulang lama. Tulang yang mati yang di hancurkan oleh asid dan enzim.
  2. Bone Formation – Sel tulang baru terbentuk (osteoblasts) mula membina dan menggantikan sel tulang lama yang hilang. Kolagen di bina dan dipenuhi oleh kalsium dan phosphate.

Apabila kadar proses pembentukan tulang (bone formation) lebih laju daripada kadar tulang mati @ bone resortion, tulang tumbuh.

Apabila kadar proses pembentukan tulang (bone formation) lebih lambat daripada kadar tulang mati @ bone resortion, tulang mereput (osteoporosis).

osteoporosis.jpg

Kalsium Dan Pengucupan Otot

kalsium sangat penting dalam proses mengawal selia pengucupan (contraction) dan kontraksi otot.

Kalsium mencetuskan penguncupan (contraction) dengan tindak balas dengan protein. Kalsium membantu dalam kontraksi otot dan mengawal kadar penguncupan otot jantung anda untuk mengepam darah keseluruh tubuh.

Bayangkan jika otot jantung anda lemah seiring dengan kekurangan kalsium? Kemungkinan sedikit sahaja oksigen yang sampai ke tempat yang sukar (anti-gravity) iaitu di tempat yang paling penting dalam tubuh, bahagian otak.

Jika kalsium yang terdapat di dalam darah tidak mencukupi, maka badan kita akan mengambil kalsium dari tulang untuk digunakan. Daripada semua jenis mineral, badan kita mengandungi mineral kalsium yang paling banyak, kata National Institutes of Health of Dietary Supplements.

Apabila sistem saraf memberi isyarat kepada otot untuk proses kontraksi, kalsium di dalam darah atau jika tidak mencukupi tulang mengeluarkan sedikit kalsium untuk membenarkan proses ini. Kalsium akan bergabung dengan protien dalam mengawal selia supaya proses berlaku secara konsisten. Kalsium juga bergabung dengan sejenis protien di panggil calmudolin.

Calmudolin pula membenarkan gula dalam darah di serap sebagai sumber tenaga (fuel) kepada proses kontraksi otot.

Kalsium-Pembina-Tulang.jpg

Bagaimana Tubuh Mengawalselia Kalsium Dalam Darah?

Jumlah kalsium di dalam darah perlu dikawal ketat oleh tubuh. Kelenjar Parathyroid dan sumber aktif Vitamin D (Calcitriol) bekerja bersama untuk mengekalkan paras kalsium.

Apabila Kelenjar Parathyroid mengesan paras kalsium di dalam darah adalah rendah,ia akan merembeskan hormon Parathyroid yang bertindak mencetuskan buah pinggang supaya melepaskan sumber aktif Vitamin D (Calcitriol) dan menyerap lebih banyak kalsium untuk meningkatkan paras kalsium ke tahap yang stabil.

Jika tidak mencukupi, buah pinggang akan melepaskan lebih banyak sumber aktif Vitamin D (Calcitriol) dan menyerap lebih banyak kalsium dari usus (intestines).

Jika masih tidak mencukupi, sumber aktif Vitamin D (Calcitriol) akan memaksa tulang untuk melepaskan sejumlah kalsium ke dalam darah. Vitamin D akan bertindak mengambil kalsium dari tulang dengan mengaktifkan osteoclasts sel supaya (Resorption) proses berlaku.

Baca di sini: Bagaimana kolagen berperanan memberi fleksibiliti kepada tulang.

Proses-Penghasilan-Sel-Tulang.jpg

Selalunya, kalsium di dalam darah adalah sentiasa mencukupi di sebabkan kita mempunya sumber takungan kalsium yang besar iaitu dari tulang. Asalkan kelenjar Parathyroid yang membantu menstabilkan paras kalsium sentiasa bekerja secara normal.

Peranan Kalsium Kepada Tubuh

  1. Kalsium diperlukan untuk kekuatan tulang dan gigi yang sihat
  2. Kalsium membenarkan proses kontraksi otot berjalan lancar
  3. Kalsium membantu otot rehat
  4. Kalsium membantu sistem saraf dalam menghantar isyarat
  5. Kalsium diperlukan untuk proses rembesan insulin
  6. Kalsium diperlukan untuk proses pembekuan darah
  7. Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  8. Kalsium mengurangkan risiko kanser usus

cara elakkan osteoporosis

Keistimewaan OsteMatrix™ Shaklee

OsteMatrix™ diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang dan proses tubuh yang berkaitan.

  1. Kalsium – Bahan asas untuk membina tulang
  2. Magnesium – Membantu menghantar kalsium kepada tulang
  3. Boron – Membantu metabolisme tulang
  4. Vitamin D – Merangsang penyerapan kalsium
  5. Kuprum, Zink and Mangan – Mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang

Haid

Kalsium di dalam OsteMatrix™ diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid. Mengurangkan gejala PMS seperti senggugut, sakit belakang dan sakit pinggang.

Kehamilan

  • Mengurangkan gejala kejang kaki di waktu malam (simpul biawak).
  • Membantu kekuatan tulang untuk menanggung berat bayi secara fizikal.
  • Kekurangan Kalsium meningkatkan risiko praeklampsia iaitu tekanan darah tinggi
  • Kekurangan kalsium juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki.
  • Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Ibu juga berisiko tinggi menghidapi osteoporosis.
  • Pengambilan OsteMatrix™ yang mencukupi membantu otot rahim dan saraf untuk bekerjasama dan peluang bersalin secara normal. Malah, mempercepatkan proses bersalin jika di sertai dengan senaman secara konsisten. Mengurangkan risiko ibu perlu induce.

tips bersalin normal

Bersalin

  • Pengambilan OsteMatrix™ yang secukupnya boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri.
  • Menstabilkan transmisi impuls saraf dan merehatkan otot semasa berlakunya kontraksi.
  • Proses kontraksi yang konsisten dan cepat
  • Kalsium penting untuk membantu pembekuan darah selepas bersalin untuk mengurangkan risiko tumpah darah.

Extra Tips: OsteMatrix™ membantu mengelakkan sembelit di kalangan ibu hamil dan berpantang. Hal ini kerana OsteMatrix™ lengkap dengan nutrien penting dalam mengawalselia proses kontraksi otot usus semasa proses pembuangan. Tiada kemurungan atau trauma membuang air besar lagi.

sembelit-ibu-hamil

Kanak-Kanak

Kanak-kanak memerlukan kalsium yang mencukupi untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat.

Dewasa dan Warga Emas

  • Ketumpatan tulang berkurang seiring dengan usia. Kalsium berperanan mengelak tulang retak dan patah.
  • OsteMatrix™ juga mempercepatkan proses penyembuhan tulang akibat retak.
  • Kalsium di dalam OsteMatrix™ membantu dalam kontraksi otot dan mengawal kadar penguncupan otot jantung anda untuk mengepam darah keseluruh tubuh.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Produk Shaklee Pada Harga Jimat?

Berita baik untuk semua kerana produk Shaklee menjadi lebih murah kerana #zeroGST bermula 1 June 2018. Untuk membuat pembelian secara online melalui website shaklee2u, anda boleh klik link di bawah.

KLIK DI SINI—> Harga OsteMatrix™ Shaklee

KLIK DI SINI—> Promosi RSS Kolagen Shaklee July 2018

Nak mendapatkan produk OsteMatrix™ pada harga secara istimewa dengan penjimatan sehingga 20% serta berpeluang menjana pendapatan 4 – 5 angka sebulan?

Hubungi saya hari ini 019-4008642 untuk pendaftaran sebagai ahli.

Suplemen Kalsium terbaik

Extra Tips : Anda boleh guna ID saya 1204762 secara PERCUMA untuk mendapatkan keahlian Shaklee. Hubungi saya (019-4008642) sekiranya anda memerlukan bantuan untuk pendaftaran.

Kenapa Anda Perlu Pilih Saya dan Shaklee?

Sekiranya anda inginkan hidup yang sihat, Shaklee telah membuktikan bahawa produknya boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular.

Saya sangat komited untuk mengubah tahap kesihatan anda melalui BigWhyShaklee dan ini yang saya alami sejak menemui Shaklee tahun 2013. Saya memberi konsultasi secara percuma, cara pemakanan melalui ShakleeWay dan ianya ekslusif untuk pengguna Shaklee dengan saya.

Saya mempunyai objektif #StayYoungRetireHealthy kerana Health is Wealth. Bagaimana dengan anda?

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee dan berpeluang jana pendapatan 4-5 angka boleh hubungi saya dan saya akan sedaya upaya membantu anda.

Klik di sini untuk menyertai program Detoks Shaklee 

cara detoks mudah

Klik disini —–> 6019-4008642 (Ayu)

Klik disini —–> Blog – kusupermak.com

Klik disini —–> FB: Norhidayu Darus

Klik disini —–> Ig – mudahnya_cantik_berpantang

Penafian: Kandungan, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di sini adalah untuk mendidik pengguna mengenai isu penjagaan kesihatan dan perubatan yang mungkin berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Laman web ini tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti kepada nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan lanjutan yang dianjurkan oleh pakar perubatan anda. Harga promosi tertakluk dengan syarat sah selagi stok masih ada.

 

 

 

 

Leave Us A Message

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.