Kebaikan Minyak Ikan Terbaik Omega 3 Untuk Semua Tahap Umur

Posted by

Omega 3 atau dikenali sebagai minyak ikan sangat popular. Saya pasti semua ibu ingin mendapatkan kebaikan minyak ikan terbaik untuk pembentukan otak yang sihat dari dalam perut ibu. Saya masih ingat, ibu saya memberi kami makan Omega 3 sejak kecil.

Terima kasih Mak! Besar jasa mak kepada saya.

Kenapa minyak ikan bagus untuk ibu dan anak

Omega 3 (Alpha Linolic Acid-ALA) terdiri dari Asid Lemak EPA dan DHA yang saling berkait rapat dengan pembentukan janin, fungsi organ kardiovaskular dan mencegah penyakit Alzheimer (nyanyuk).

Omega-3 juga didapati menyokong kesihatan kulit, membantu penurunan berat badan, meningkatkan sistem imun dan mengawal atur pengeluaran dan fungsi hormon.

Salah satu asid lemak paling penting untuk anda dan kesejahteraan bayi adalah asid lemak Omega-3 – asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA).

Walaupun kebaikan minyak ikan terbaik Omega-3 mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan, ia adalah nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh itu, pengambilan suplemen Omega-3 adalah penting.

Orang dewasa yang sihat memerlukan kira-kira 1,000-2,000 mg  kebaikan minyak ikan terbaik sehari.

Kebaikan Minyak Ikan Terbaik Omega 3 Untuk Semua Golongan Umur, Juga Untuk Ibu Hamil?

Omega 3 untuk ibu hamil1

KESIHATAN JANTUNG

1. Mengekalkan Profil Lipid yang Sihat

Profil lipid (lemak) adalah merangkumi bacaan jumlah keseluruhan kolesterol, Kolesterol HDL (Kolesterol Baik), Kolesterol LDL (Kolesterol Jahat) dan trigliserida.

Profil Lipid digunakan sebagai salah satu penilaian untuk menentukan risiko anda terhadap penyakit jantung.

Klik disini untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara menguji lemak dalam badan dan menurunkan paras kolestrol berkesan.

Pengambilan Omega-3 secara teratur telah didapati meningkatkan profil lipid secara positif dengan:

  • Meningkatkan paras kolesterol HDL (Kolesterol Baik)
  • Mengurangkan tahap trigliserida (iaitu Lemak dalam darah)
  • Merendahkan risiko penyakit jantung

Omega 3 untuk jantung

2. Mengawal Tekanan Darah yang sihat

Semakin tinggi tekanan darah anda, semakin tinggi risiko anda untuk mengalami masalah kesihatan terutamanya, penyakit yang berkaitan dengan jantung.

Tekanan darah tinggi memberikan tekanan pada saluran darah anda dan meningkatkan beban kerja pada jantung. Kajian menunjukkan bahawa kebaikan minyak ikan terbaik Omega-3 boleh membantu mengawal atur tekanan darah ke paras yang lebih sihat.

3. Memelihara Saluran Darah daripada Tersumbat

Saluran darah yang luas adalah penting untuk kesihatan kerana, jantung anda mengepam kira-kira 2,000 gelen darah sehari dan ia membawa darah yang dipam ke setiap organ dalam tubuh anda.

Arteri Tersumbat

Kebaikan minyak ikan terbaik Omega-3 membantu:

  • Mengurangkan proses pengumpulan lemak pada dinding arteri, untuk pengaliran darah yang lancar
  • Melegakan keradangan pada lapisan dalaman saluran darah

4. Memberikan Anda Ritma Degupan Jantung yang Sihat

Degupan jantung adalah bilangan kekerapan jantung anda berdegup (biasanya setiap minit) manakala ritma jantung adalah corak degupan jantung. Jantung yang sihat mempunyai ritma jantung yang stabil dan penyelidikan telah menunjukkan bahawa kebaikan minyak ikan terbaik Omega-3 membantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil serta menurunkan risiko kematian mengejut.

minyak ikan untuk tekanan darah yang sihat

5. Menyokong Peredaran Darah yang Sihat

Antara lain kebaikan minyak ikan terbaik Omega-3 ialah dapat mengurangkan keradangan. Keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung. Darah membekalkan oksigen dan nutrien kepada organ, tisu, dan sel anda.

  • Mengurangkan risiko pembekuan darah
  • Meningkatkan aliran darah dengan menormalkan kekerapan pengembangan dan penyempitan saluran darah

FUNGSI OTAK

Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak. Korteks serebrum (yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) dianggarkan mengandungi 20% DHA.

Omega 3 untuk otak

1. Meningkatkan Prestasi Mental

Pengambilan Omega-3 menunjukkan:

  • Mempunyai kesan positif terhadap pemikiran, memori, dan tumpuan pemerhatian
  • Menyokong pembelajaran yang optimum dan kemam puan membaca
  • Meningkatkan penghantaran isyarat antara saraf otak untuk fungsi memori yang optimum

2. Memperbaiki mood secara positif

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan EPA dan DHA, meningkatkan kepadatan saraf otak yang mengawal mood dan emosi.

Sebagai elemen yang penting untuk minda yang ceria, kebaikan minyak ikan terbaik Omega-3 membantu:

  • Membangkitkan mood terutama ketika PMS
  • Meningkatkan kesejahteraan emosi secara keseluruhan

3. Mengekalkan fungsi kognitif yang sihat untuk golongan lanjut usia

Dengan peningkatan usia, ia menyebabkan penurunan penyerapan nutrien, memberi
kesan kepada penggunaan DHA otak dan prestasi mental.

  • Merendahkan risiko penurunan kognitif.
  • Menggalakkan dan mengekalkan fungsi otak yang normal, terutamanya kognitif dan memori
  • Mengurangkan risiko gejala-gejala yang berkaitan dengan kemerosotan awal kognitif seperti Alzheimer dan dementia
  • Menggalakkan saraf otak yang sihat dan penghantaran isyarat optimum

KESIHATAN SENDI

Sendi adalah sambungan antara dua tulang yang membolehkan anda memusingkan kepala, membengkokkan siku, menggerakkan pinggul, berjalan, melompat, dan melakukan perkara lain yang anda ingin lakukan.

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, terdapat sedikit kesakitan dan keperitan yang mungkin boleh menjejaskan kehidupan anda dan menyebabkan aktiviti harian tidak selesa.

1. Menangani keradangan

Keradangan adalah penyebab utama sakit sendi. Ia boleh menjejaskan sendi anda menyebabkan ia menjadi merah, bengkak dan sakit. EPA & DHA befungsi untukmengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi.

  • Mengekalkan ketumpatan mineral tulang
  • Mengurangkan keradangan – menyekat keradangan dan kemusnahan sendi – yang kerap berlaku dalam artritis

Omega-3 didapati berkesan untuk menangani keradangan dengan:

  • Membantu mengurangkan pengeluaran eikosanoid dan cytokine yang menyebabkan degradasi rawan1 serta mengakibatkan kesakitan pada sendi.
  • Mengurangkan pengeluaran tanda-tanda keradangan yang menyebabkan keradangan

2. Menggalakkan pergerakan dan kelenturan sendi

Omega-3 bergabung bersama sel yang menghasilkan rawan sendi dan ianya membantu mengawal proses biasa untuk mengekalkan ketebalan tulang rawan pada sendi anda, bagi menghasilkan pergerakan, fleksibiliti dan kelenturan sendi yang lebih baik.

3. Bertindak sebagai pelincir sendi

Pelincir sendi dihasilkan secara semulajadi oleh sel pelincir tertentu pada sendi anda. Omega-3 bertindak:

  • Umpama seperti pelincir yang dipanggil cecair sinovial yang melindungi dan melincirkan sendi
  • Membolehkan pergerakan sendi yang selesa
  • Membolehkan sendi yang sakit dan berkeriut bergerak dengan bebas.

KEHAMILAN DAN PENYUSUAN

Sebelum Kehamilan

Kebaikan Minyak Ikan Terbaik Untuk Wanita

• Menyokong pengeluaran dan keseimbangan hormon
• Membantu mengatur kitaran haid
• Meningkatkan aliran darah rahim untuk meningkatkan peluang mengandung

omega 3 sebelum kehamilan

Kebaikan Minyak Ikan Terbaik Untuk Lelaki

  • Meningkatkan kepekatan sperma
  • Memainkan peranan utama dalam penghasilan sperma yang sihat

Kebaikan Minyak Ikan Terbaik Untuk Kehamilan (Ibu Hamil)

  • Menurunkan risiko kelahiran pramatang
  • Menggalakkan tempoh kehamilan optimum
  • Mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat preeklampsia (tekanan darah tinggi semasa kehamilan)

Kebaikan Minyak Ikan Terbaik Untuk Bayi Di Dalam Kandungan

Masa hamil, plasenta (uri) memindahkan nutrien, termasuk DHA, daripada ibu kepada janin. Janin dapat zat dari ibu. Jumlah omega-3 asid lemak dalam janin berkait rapat dengan jumlah yang dimakan oleh ibu, jadi ia adalah penting bahawa ibu mempunyai nutrisi omega 3 yang mencukupi.

Konsep apa ibu makan, itu yang anak akan dapat.

  • Menggalakkan perkembangan janin yang sihat dengan meningkatkan aliran darah
    dalam plasenta
  • Memudahkan perkembangan mata (retina) dan struktur otak dengan sewajarnya ketika didalam janin
  • Mengukuhkan koordinasi mata-tangan pada bayi
  • Mengurangkan risiko bayi mengalami alahan (seperti eczema)
  • Menggalakkan perkembangan optimum otak, janin, mata, sistem imun dan saraf terutamanya semasa trimester ketiga
  • Menggalakkan perkembangan saraf otak

minyak ikan elak risiko bayi pra-matang

Kebaikan Minyak Ikan Terbaik Untuk Ibu Berpantang

  • Mengurangkan risiko kemurungan postpartum atau meroyan selepas bersalin

tanda-tanda meroyan

Selepas Kehamilan Dan Penyusuan

Kebaikan Minyak Ikan Terbaik Untuk Bayi

  • Menyokong proses kematangan otak semasa tempoh lima tahun pertama kehidupan
  • Menggalakkan perkembangan saraf di dalam otak
  • Mengurangkan risiko alahan terhadap makanan dan kulit sensitif-ekzema.5
  • Menyokong perkembangan penglihatan
  • Menggalakkan pola tidur yang lebih baik

Asid lemak Omega-3 adalah sangat penting semasa kehamilan sehingga penyusuan
susu ibu seperti;

  • Perkembangan otak dan fungsi imun
  • Kesihatan ibu dan emosi yang stabil selepas bersalin
  • Boleh mengurangkan risiko alahan (seperti eczema) pada bayi
  • Menyokong tempoh kehamilan yang normal, elak risiko kelahiran bayi pra-matang dan berat kelahiran bayi yang sihat.

Satu mekanisme di mana EPA dan DHA boleh mengurangkan kejadian kelahiran pramatang adalah dengan mengurangkan prostaglandin E2 dan prostaglandin pengeluaran F2α, oleh itu mengurangkan keradangan (inflamation) dalam rahim, yang boleh dikaitkan dengan kelahiran pramatang.

MENGAWAL ATUR TAHAP LEMAK BADAN YANG SIHAT

Simpanan lemak yang berlebihan dalam badan merupakan salah satu faktor utama
yang menyumbang kepada peningkatan berat badan.

Klik di sini untuk mengetahui cara pantas dapatkan berat badan idaman tanpa rasa lapar.

Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 dapat membantu kita mencapai tahap lemak badan yang sihat kerana ia:

  • Meningkatkan kadar metabolik – kadar kalori badan yanganda bakar dalam sehari.
  • Meningkatkan kadar pembakaran lemak.
  • Meningkatkan peredaran darah ke otot-otot badan semasa bersenam dan menambahkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak.
  • Mengawal paras lemak yang sihat yang terkumpul dari pemakanan harian kita

minyak ikan tingkatkan pembakaran lemak

MENYEIMBANG RASA KENYANG

Kita semua tahu bahawa asid lemak Omega-3 memberi pelbagai manfaat kesihatan kepada tubuh manusia, seperti meningkatkan peredaran darah, kesihatan otak dan mengalakkan kesihatan sendi. Tetapi adakah anda tahu ia juga boleh membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan apabila disertai dengan senaman yang berkala dan pemakanan yang seimbang?

Dua hormon utama – ghrelin, dan leptin – berperanan mengawal rasa lapar dan kenyang. Gabungan diet yang seimbang dan pengambilan Omega-3 didapati bermanfaat untuk mengawal atur dua hormon ini dan:

Meningkatkan rasa kenyang – anda berasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama selepas makan.

MENINGKATKAN PARAS INSULIN YANG SIHAT

Insulin menukarkan karbohidrat di dalam makanan kepada tenaga. Oleh itu, tahap insulin yang sihat adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang
sihat dan Omega-3 dapat membantu dengan:

Meningkatkan kepekaan insulin badan – semakin peka sel-sel badan kita terhadap insulin, semakin rendah kemungkinan makanan yang kita makan disimpan sebagai lemak. Klik di sini untuk mengetahui tanda-tanda awal diabetis.

MENGAWAL TEKANAN

Tekanan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan. Omega-3 membantu mengawal atur tahap kortisol yang sihat, ia adalah hormon tekanan yang menyebabkan anda menyimpan lemak, bukannya membantu membakar kalori-kalori yang degil.

Kebaikan Minyak Ikan Terbaik Omega Guard Mampu Meningkatkan Tahap Kesihatan Anda

Badan kita sangat memerlukan asid lemak omega 3 dalam diet setiap hari kerana badan tidak boleh menghasilkan Omega 3. Namun tak cukup kuantiti yang selalu kita ambil dari pemakanan harian kita.

Nak tak nak, kita kena topup dengan asid lemak omega 3 dari sumber laut termasuk lah produk minyak ikan.

Jabatan garis panduan pemakanan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS mengesyorkan bahawa wanita yang sedang hamil atau menyusukan bayi perlu mengambil 8 hingga 12 auns makanan laut seminggu dari pelbagai jenis makanan laut

Meminum 8-12 oz makanan laut seminggu, bergantung kepada jenis ikan, adalah bersamaan dengan ~300-900 mg EPA + DHA setiap hari.

Kebaikan Minyak Ikan Terbaik Omega-3

Masalahnya, jumlah ini tidak dipenuhi oleh kebanyakan ibu-ibu di Amerika Syarikat dan Kanada, yang bermaksud bahawa bayi ramai yang tidak menerima jumlah yang cukup nutrien penting semasa dalam rahim.

Satu kajian oleh Hakim et al. mendapati kanak-kanak yang ibunya mengambil suplemen DHA semasa hamil mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah jauh lebih baik daripada orang-orang yang ibunya tidak mengambil suplemen DHA semasa hamil.

Kebaikan Minyak Ikan Terbaik Omega-3

Kiranya anak lagi bijak kalau ibu rajin makan omega 3 yang tinggi DHA & EPA

Pada tahun 2005, kelahiran pramatang menyumbang 12.7% daripada semua kelahiran di Amerika Syarikat, meningkatkan kemungkinan komplikasi kesihatan .

Pra-matang adalah punca pelbagai penyakit bayi pada hari ini dan boleh membawa kepada kematian; kelahiran pramatang adalah faktor yang menyebabkan 85% daripada kematian bayi.

Yang paling penting adalah penbentukan janin semasa awal mengandung. Masa proses terbentuknya janin. Mesti nak lengkap time ni. Masa ni kebaikan minyak ikan terbaik omega3 sangat penting di mana bilions sel-sel otak terbentuk dan berhubung.

Norhayaty Shari:
“saya bagi anak saya yang kedua sebab doktor pakar advice minyak ikan shaklee since anak saya tengkorak kepala retak waktu eksiden dengan bas dulu. So sampai sekarang saya bagi dia makan supaya otak dia boleh catch up macam other kids”

Cuba fikir balik semasa hamil dan menyusu, adakah kita mengambil diet yang cukup seperti saranan pakar kesihatan?

Kenapa Omegaguard Shaklee?

1. Penyulingan 3 peringkat.

Tidak semua minyak ikan adalah sama.

Tidak semua jenis minyak ikan adalah terbaik.

Namun, Omega Guard dengan penyulingan 3 peringkat untuk membuang semua logam berat dengan kebaikan minyak ikan terbaik. Kiranya kadar logam berat dalam omega guard memang zero. 3 kali tapis dan menggunakan dari ikan laut dalam.

Omega 3 yang tinggi kandungan logam dan merkuri sangat merbahaya terutama kepada janin di awal kehamilan.

2. Omegaguard Shaklee tinggi DHA& EPA

Setiap kapsul Omegaguard mengandungi;

  • EPA – 182mg
  • DHA 120mg
  • Omega 3 – 333mg

3. Omegaguard adalah sangat murah

Omegaguard dengan kuantiti DHA& EPA yang tinggi berbanding dengan jenama lain. Satu botol Omegaguard mengandungi 90 kapsul untuk penggunaan 1 – 3 bulan.

Wanita mengandung di sarankan mengambil sekurang-kurangnya 1 kapsul setiap hari dari awal kehamilan.

Bagaimana Mendapatkan Omegaguard Shaklee Pada Harga Jimat?

Tahap kesihatan anda menentukan keadaan anda di masa tua. Ia adalah kunci utama apabila anda semakin berusia. Amalkan gaya hidup sihat yang mencukupi senaman, pengurusan tekanan yang baik, diet berkhasiat dan pemakanan suplemen yang sesuai.

Berita baik untuk semua kerana produk Shaklee menjadi lebih murah kerana #zeroGST bermula 1 June 2018. Untuk membuat pembelian secara online melalui website shaklee2u, anda boleh klik link di bawah.

KLIK DI SINI—> Harga Omegaguard Shaklee

Nak mendapatkan kebaikan minyak ikan terbaik Omega Guard Shaklee pada harga secara istimewa dengan penjimatan sehingga 20% serta berpeluang menjana pendapatan 4 – 5 angka sebulan?

Hubungi saya hari ini 019-4008642 untuk pendaftaran sebagai ahli.

Extra Tips : Anda boleh guna ID saya 1204762 secara PERCUMA untuk mendapatkan keahlian Shaklee. Hubungi saya (Ayu – 019-4008642) sekiranya anda memerlukan bantuan untuk pendaftaran.

Kenapa Anda Perlu Pilih Saya dan Shaklee?

Sekiranya anda inginkan hidup yang sihat, Shaklee telah membuktikan bahawa produknya boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular.

Saya sangat komited untuk mengubah tahap kesihatan anda melalui BigWhyShaklee dan ini yang saya alami sejak menemui Shaklee tahun 2013. Saya memberi konsultasi secara percuma, cara pemakanan melalui ShakleeWay dan ianya ekslusif untuk pengguna Shaklee dengan saya.

Saya mempunyai objektif #StayYoungRetireHealthy kerana Health is Wealth. Bagaimana dengan anda?

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee dan berpeluang jana pendapatan 4-5 angka boleh hubungi saya dan saya akan sedaya upaya membantu anda.

❤️Skinny is not sexy.
❤️Health is!

Klik di sini untuk menyertai program Detoks Shaklee 

cara detoks mudah

Klik disini —–> 6019-4008642 (Ayu)

Klik disini —–> Blog – kusupermak.com

Klik disini —–> FB: Norhidayu Darus

Klik disini —–> Ig – mudahnya_cantik_berpantang

Rujukan:
1. Kris-Etherton PM, Harris WS, Appel LJ; American Heart Association. Nutrition Committee. Fish consumption, fish oil, omega-3 fatty acids, and cardiovascular disease. Circulation. 2002;106:2747–2757
2. Dietary supplementation with n-3 polyunsaturated fatty acids and vitamin E after myocardial infarction: results of the GISSI-Prevenzione trial. Gruppo Italiano per lo Studio della Sopravvivenza nell’Infarto miocardico.
Lancet. 1999;354:447–455.
3. Connor WE. Importance of n-3 fatty acids in health and disease. Am J Clin Nutr. 2000; 71 (1 Suppl): 171S–175S.
4. Neil J. Stone. Fish Consumption, Fish Oil, Lipids, and Coronary Heart Disease. Journal of the American Heart Association. November 1, 1996, Volume 94, Issue 9
5. Mohebi-Nejad A, Bikdeli B. Omega-3 Supplements and Cardiovascular Diseases. Tanaffos. 2014;13(1):6-14.

6. Singh M. Essential fatty acids, DHA and human brain. Indian J Pediatr. 2005 Mar;72(3):239-42.

7. Judge MP, Harel O, Lammi-Keefe CJ. Maternal consumption of a docosahexaenoic acid-containing functional food during pregnancy: benefit for infant performance on problem-solving but not on recognition memory tasks at age 9 mo. Am
J Clin Nutr. 2007; 85:1572–7
8. Helland IB, Smith L, Saarem K Et al. Maternal supplementation with very-long-chain n-3 fatty acids during pregnancy and lactation augments children’s IQ at 4 years of age. Pediatrics. 2003 Jan;111(1):e39-44.
9. Kidd PM. Omega-3 DHA and EPA for Cognition, Behavior, and Mood: Clinical Findings and Structura Functional Synergies with Cell Membrane Phospholipids. Altern Med Rev. 2007 Sep;12(3):207-27.
10. Nilsson A, Radeborg K, Salo I, Björck I. Effects of supplementation with n-3 polyunsaturated fatty acids on cognitive performance and cardiometabolic risk markers in healthy 51 to 72 years old subjects: a randomized controlled cross-over
study. Nutr J. 2012 Nov 22;11:99. doi: 10.1186/1475-2891-11-99.
11. Molfino, A., Gioia, G., Fanelli, F. R., & Muscaritoli, M. (2014). The Role for Dietary Omega-3 Fatty Acids Supplementation in Older Adults. Nutrients. 6(10), 4058–4072.
7. Tanaka, K., Farooqui, A. A., Siddiqi, N. J., Alhomida, A. S., & Ong, W.-Y. (2012). Effects of Docosahexaenoic Acid on Neurotransmission. Biomolecules & Therapeutics. 20(2), 152–157.
12. Conklin SM1, Gianaros PJ, Brown SM, Yao JK, Hariri AR, Manuck SB, Muldoon MF. Long-chain omega-3 fatty acid intake is associated positively with corticolimbic gray matter volume in healthy adults. Neurosci Lett. 2007 Jun 29;421(3):209-12.
12. Chang CY1, Ke DS, Chen JY. Essential fatty acids and human brain. Acta Neurol Taiwan. 2009 Dec;18(4):231-41.

Leave Us A Message

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.