📍Cabaran Nak Jadi Supermak Bila Suami Kerja Jauh 📍

Posted by

dT6e6aGLc (2)

Assalamualaikum

Masuk tahun 2017, merupakan tahun ke3 berpuasa sendiri di tempat orang. Tak dapat rasa masakan emak 😅

Tapi yang lebih mencabar ialah suami jauh…dulu Ayu kerja di KL, dapat pindah ke Sarawak pada Mac 2015 untuk bersama suami. Tapi perancangan Allah tu lebih hebat, suami di pindahkan ke daerah lain di Sarawak..haha

June 2015, berpuasa sendiri. Suami ayu, Mr H ada la balik seminggu atau dua minggu sekali. Bayangkan masa tu tengah mengandung anak sulung. Tapi ayu memang jenis mindset kuat..nak jadi #Supermak mana boleh manja-manja sangat.

Sekarang otak kena lagi ligat, anak dah dua..selang setahun. Kena kekal bertenaga dan cergas sentiasa. Nak berkungfu dengan alisha & aishah nanti…

Pergi kerja sebelum jam 8 pagi, balik kerja dah jam 6 petang. Di Sarawak jam 6.40 dah masuh magrib. Bayangkan berapa jam je masa nak layan anak-anak lepas tu kita sendiri dah letih dan mengantuk.

Tak nak kejadian lama berulang..Kejadian menangis di bahu kawan-kawan bila sampai pejabat..sampai berfikiran bukan-bukan😢😢

Sampai satu tahap nak buat kerja GILA. Sebab stress…Kepenatan uruskan anak & rumah tangga..tak cukup rehat…letih & lesu.

Masa tu mengandung anak ke-2, Alisha.

20161224_075448
Alisha masa umur 2 bulan tahun 2016. Dia sangat lah besar waktu bersalin tu. 4.25kg tau!!

Bagi ayu, #Supermak bukan sekadar ‘How efficient we manage our family, but it’s more to how we take care our family’. Maksudnya, kita geng emak-emak ni adalah tunjang kepada keluarga. Jaga diri sendiri dulu selepas itu baru lah anak-anak dan suami. Kalau kita sakit, lumpuh satu keluarga. Porak peranda rumah ibarat rumah tikus.

Pernah kan naik kapal terbang, sewaktu taklimat keselamatan apa pramugari itu cakap. “Sila pakaikan topeng keselamatan untuk diri anda dahulu, selepas itu barulah orang lain”

Bayangkan, kalau kita sendiri asyik letih je, mesti emosional bila anak-anak bising atau kacau. Ini ayu dah rasa, itu cabaran setiap insan bergelar ibu. Nak tak nak, kita kena lah bijak. Bijak uruskan anak & suami, bijak uruskan diri sendiri jugak.

Jadi kali ini Ayu nak buat kerja GILA lagi.  Ayu nak order cinch shake & performance drink untuk berpuasa nanti..

Ada nak join Ayu buat kerja GILA😍😍😍???

wasap ayu 6.019.400.8642

SetKekalCergasUntukPuasa

20170411_082419-01

Leave Us A Message

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.