Cara Naikkan Hb Untuk Ibu Hamil

Posted by

Zat Besi (Iron) adalah nutrien penting untuk kehidupan manusia, dan kekurangan zat besi dalam sistem boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan kepda ibu hamil.

kurang darah semasa hamil

Anemia kekurangan zat besi adalah kekurangan pemakanan yang paling biasa di dunia, dan paling biasa di kalangan wanita dewasa dan kanak-kanak.

Mengambil suplemen zat besi (iron) boleh membantu mengurangkan beberapa kesan negatif yang mungkin berlaku disebabkan kekurangan zat besi.

Hemoglobin (Hb) merupakan molekul protein di dalam sel darah merah yang terikat dengan oksigen dan karbon dioksida dan diangkut melalui sistem peredaran darah ke seluruh sel dan tisu-tisu dalam badan.

Di dalam badan, ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah.

Untuk mereka yang sihat dan normal, 100 ml darah mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.

Kepentingan Zat Besi (Iron)

Zat Besi penting untuk mengangkut dan menyimpan oksigen dan karbon dioksida di dalam darah dan sel otot. Selain itu, Zat Besi juga mempunyai sifat antioksida yang berkuasa.

Zat Besi di dalam sel PERLU terikat dengan protien. Jika Zat Besi terbiar bebas, ia boleh merosakkan sel tubuh kerana menyebabkan oxidasi dan radikal bebas.

Zat Besi diperlukan untuk proses sistesis DNA. DNA penting untuk perkembangan bayi bagi ibu hamil, penyembuhan dan sistem imun.

Zat Besi juga diperlukan untuk sintesis kolagen, neurotransmitter dan hormon.

Peranan Utama Iron Mengangkut Dan Menyimpan Oksigen

Hemoglobin dan myoglobin adalah protien yang mengangkut dan menyimpan oksigen.

Hemoglobin adalah protien yang paling penting dalam sel darah merah. Ia mempunyai kebolehan untuk menyerap oksigen dengan pantas dari paru-paru keseluruh tubuh.

Myoglobin (myo bermaksud muscle = otot) adalah jenis protien yang berada pada sel otot. Sejumlah 15% iron (Zat Besi) terdapat pada myoglobin. Myuglobin berkuasa untuk memegang dan menyimpan oksigen di dalam otot. Oksigen terikat secara langsung dengan Zat Besi di dalam myoglobin.

Apabila oksigen tidak cukup di dalam darah, myoglobin bertanggungjawab melepaskan oksigen untuk kegunaan sel otot.

Zat Besi Di Dalam Penghasilan Tenaga

Iron sangat penting dalam rantaian pengangkutan elektron yang bertanggungjawab dalam penghasilan tenaga di dalam setiap sel.

jumlah zat besi untuk ibu hamil 5

Ini sangat penting bagi ibu hamil yang memerlukan lebih banyak darah semasa hamil. Kekurangan darah di kesan melalui hb rendah.

Hb rendah menyebabkan ibu hamil kerap letih dan membahayakan kandungan jika keterlaluan.

Zat Besi Sebagai Antioksida

Setiap sel tubuh memerlukan perlindungan dari pengumpulan hydrogen peroxide. Hydrogen peroxide merupakan sejenis radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh.

Hidrogen peroksida, asid ringan yang banyak digunakan untuk membasmi kuman pada peralatan dapur atau merawat luka dan lecet, juga dihasilkan oleh tubuh untuk menjaga sel-sel yang sihat.

Sebagai contoh, apabila sistem imun diaktifkan sebagai tindak balas terhadap bakteria, sejumlah besar hidrogen peroksida dihasilkan oleh sel tertentu untuk melawan jangkitan.

Jika tahap hidrogen peroksida menjadi terlalu tinggi, DNA sel dan protein lain boleh rosak. Para saintis mengesyaki bahawa proses ini dan sejenisnya membawa kepada kanser, kencing manis dan penyakit lain.

Sesetengah enzim yang mengandungi heme boleh meneutralkan radikal bebas hydrogen peroxide dengan cara mengeluarkan lebihan hidrogen peroksida dari sel dan menukarnya ke bentuk air dan oksigen.

Zat Besi Menbantu Imun Sistem

Zat Besi diperlukan oleh sistem imun. Sebagai contoh, iron diperlukan dalam pembentukan T-sel iaitu sejenis imun sel yang bertindak menyerang pathogen.

Iron juga meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam membunuh bakteria.

Iron juga diperlukan oleh agen infection seperti bakteria. Tubuh akan menurunkan paras iron dalam darah semasa menentang bakteria supaya bakteria menjadi lemah. Ini adalah tubuh imun sistem respon kepada bakteria secara semulajadi.

Sebab itu ibu hamil yang memiliki hb rendah mudah jatuh sakit ketika hamil.

Cara Naikkan Hb Dengan Suplemen Zat Besi

Vitamin C adalah komponen paling berkuasa dalam membantu penyerapan zat besi (iron) jika diambil bersama. Ambil Zat Besi bersama Vitamin C suplemen atau jus oren untuk penyerapan yang lebih efektif.

vitamin c naikkan hb.png

Tubuh juga lebih efektif dalam menyerap zat besi (iron) jika diambil bersama Vitamin A berbanding mengambil iron sahaja. Ibu hamil boleh mengambil dos Vitamin A seperti di dalam multivitamin atau dari sayur dan buah-buahan.

vitamin A naikkan hb

Copper juga membantu penyerapan zat besi (iron) dalam sel darah merah. Copper membantu menghantar Zat Besi dari organ hati ke tulang untuk membentuk sel darah merah. Anemia adalah tanda klinikal kekurangan copper dan zat besi (iron). Ambil Multivitamin yang mengandungi copper untuk membantu pembentukan sel darah merah.

Suplemen Zat Besi (Iron) di katakan mengganggu penyerapan Zinc. Hal ini berlaku jika mengambil suplemen ketika perut kosong dan tidak berlaku jika mengambil Zat Besi bersama makanan.

Sebab itu, kebanyakan suplemen di sarankan pengambilannya sejurus selepas makan.

Jumlah kalsium (bersama phosphorus) yang tinggi  iaitu melebihi 1000 mg boleh mengganggu penyerapan Zat Besi jika diambil bersama.

Jadi elakkan mengambil suplemen iron bersama kalsium seperti susu atau pil kalsium. Jarakkan waktu antara pengambilan Zat Besi dan kalsium.

Antara penyebab lain anemia ialah kekurangan Vitamin B12 (folate). Tambah Vitamin B12 (folic acid) dalam suplemen harian ibu hamil.

Risiko Kekurangan Zat Besi (Iron)

  • Wanita yang sedang period
  • Wanita hamil

Kekurangan Zat Besi menyebabkan sel darah merah berkurang, maka kurang oksigen dalam badan. Lemah, pening, jantung yang berdegup laju dan pernafasan yang laju adalah tanda-tanda anemia kekurangan zat besi (iron) yang selalu berlaku kepada ibu hamil.

hb rendah ibu hamil

Ketika trimester ketiga kehamilan, Zat Besi di perlukan dan diserap oleh bayi di dalam perut kira-kira 80% dari jumlah Zat Besi simpanan ibu.

World Human Organization (WHO) menyarankan wanita hamil untuk mengambil suplemen zat besi (iron) dan Folic Acid semasa kehamilan untuk meningkatkan jumlan simpanan Zat Besi dalam tubuh untuk keperluan janin.

3 Bentuk Zat Besi

  • Ferritin – menyimpan lebihan iron
  • Transferrin – mengangkut iron ke darah
  • Hemosiderin – bentuk simpanan iron yang kompak

Zat Besi disimpan di dalam bentuk protien yang dipanggil Ferritin. Ferritin boleh menyimpan Zat Besi dan melepaskan Zat Besi bila diperlukan.

Hemosiderin juga menyimpan Zat Besi dalam bentuk molekul yang lebih besar dari ferritin dan lebih besar saiz simpanan.

Tempat simpanan iron yang paling utama dalan badan ialah di dalam hati, limpa dan tulang sum-sum.

Simpanan ini penting untuk kegunaan janin pada 6 minggu terahir kehamilan.

bone marrow

Penyerapan Zat Besi bergantung kepada bentuk suplemen Zat Besi yang kita ambil;

Dos suplemen Zat Besi yang tinggi menyebabkan sembelit (constipation) , pedih perut dan  najis menjadi hitam.

Bentuk suplemen Zat Besi efektif dan terbaik untuk perut dari segi mudah diserap dan selesa untuk perut ialah;

  • ferrous ascorbate
  • ferrous gluconate
  • ferrous sulphate monohydrate

Zat Besi yang kurang penyerapan serta mudah menyebabkan ibu hamil sembelit ialah dari jenis;

  • ferrous fumarate
  • ferrous succinate
  • ferric saccharate

Ibu hamil perlu tahu jenis Zat Besi yang diambil untuk mengelakkan masalah seperti di atas.

10 Fakta Tentang Zat Besi Yang Ibu Hamil WAJIB Faham

  1. Zat Besi penting untuk mengangkut dan menyimpan oksigen dan karbon dioksida di dalam darah dan sel otot. Selain itu, Zat Besi juga mempunyai sifat antioksida yang berkuasa.
  2. Zat Besi diperlukan untuk proses sistesis DNA. DNA penting untuk perkembangan bayi bagi ibu hamil, penyembuhan dan sistem imun.
  3. Zat Besi diperlukan oleh sistem imun. Sebagai contoh, iron diperlukan dalam pembentukan T-sel iaitu sejenis imun sel yang bertindak menyerang pathogen.
  4. Vitamin C, Vitami A dan Vitamin B12 (folate) adalah komponen paling berkuasa dalam membantu penyerapan zat besi (iron) jika diambil bersama.
  5. Jumlah kalsium (bersama phosphorus) yang tinggi  iaitu melebihi 1000 mg boleh mengganggu penyerapan Zat Besi jika diambil bersama.
  6. WHO menyarankan wanita hamil untuk mengambil suplemen zat besi (iron) dan Folic Acid semasa kehamilan untuk meningkatkan jumlan simpanan Zat Besi dalam tubuh untuk keperluan janin.
  7. Kekurangan Zat Besi menyebabkan sel darah merah berkurang, maka kurang oksigen dalam badan. Lemah, pening, jantung yang berdegup laju dan pernafasan yang laju.
  8. Dos suplemen Zat Besi yang tinggi menyebabkan sembelit (constipation) , pedih perut dan  najis menjadi hitam.
  9. Ketika trimester ketiga kehamilan, 80% Zat Besi dalam simpanan ibu akan diserap oleh bayi di dalam perut.
  10. Bentuk suplemen zat besi yang efektif ialah ferrous ascorbate, ferrous gluconate, ferrous sulphate monohydrate. Cek dahulu suplemen anda sebelum membeli.

Semoga perkongsian saya pada kali ini bermanfaat. Tinggalkan jejak anda di komen jika entri saya telah membantu anda.

 

Leave Us A Message

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.