Cara Mudah Bersalin Anak Pertama

Posted by

ASSALAMUALAIKUM. Salam Ukhwah. Hari ini saya ingin membuat perkongsian tentang tips dan cara mudah bersalin anak pertama.

Kelahiran anak pertama biasanya mengambil masa untuk bukaan menjadi penuh kerana kata orang tua-tua, jalannya belum ada. Namun semua ibu termasuk saya inginkan kelahiran yang perfect.

Bersalin bayi sihat secara normal dengan sepantas kilat tanpa rasa sakit dan komplikasi serta tiada koyakan langsung. Itu adalah impian saya.

Namun, adakah semua kelahiran adalah sempurna? Bagaimana nak tukar impian kepada kenyataan. Ianya tidak mustahil bukan? Saya juga nak seperti Kate Middleton yang keluar hospital kurang dari 24 jam selepas bersalin normal. Di wajahnya seperti tiada kesakitan proses bersalin.

Maka saya nak kongsikan cara mudah bersalin anak pertama saya.

Kate Middleton mudah bersalin

Sebelum kelahiran anak perempuan saya iaitu Aishah pada tahun 2015, saya dan suami saya mengambil kelas bersalin yang di anjurkan oleh Hospital Columbia Asia, bertanyakan pengalaman bersalin kawan-kawan malah saya mengGoogle tentang kehamilan dan cara mudah bersalin anak pertama hampir setiap hari. Tak sabar nak lihat wajah si comel.

Tujuannya saya nak bersedia dengan sebarang kemungkinan dan saya nak tambah sebanyak mungkin info untuk dapatkan cara mudah bersalin anak pertama saya secara NORMAL. Saya nak elak kena Emergency Ceaser, Nauzubillah.

Apa yang Menyebabkan Sukar Bersalin Normal?

Sebelum saya mengupas tentang tips dan cara mudah bersalin anak pertama, saya ingin membawa anda untuk memahami proses kelahiran bayi dan tubuh wanita itu sendiri. Oleh itu, kita kena faham bagaimana proses kelahiran berlaku supaya kita boleh VISUALIZE bagaimana nak dapatkan cara mudah bersalin anak pertama.

Semasa proses kelahiran, bayi akan melewati serviks dan pelvis akan meregang untuk laluan bayi. Bagi sesetengah kelahiran, “saluran kelahiran” tidak terbuka dengan lancar. 

cara mudah bersalin anak pertama

Semasa proses kelahiran, kepala bayi bergerak ke pinggul ibu. Kepala akan menolak saluran kelahiran, yang menggalakkan serviks untuk memperbesar. Sebaiknya, wajah bayi akan berpaling ke arah belakang ibu. Ini menggalakkan laluan paling selamat untuk bayi melalui saluran kelahiran.

tips mudah bersalin 3

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa hala tuju bayi yang boleh dihidupkan yang tidak selamat atau sesuai untuk penghantaran. Ini termasuk: posisi muka bayi. Doktor boleh cuba mengalihkan kedudukan bayi anda untuk memastikan perjalanan yang lebih selamat ke saluran terlahir.

tips mudah bersalin 4

Jika berjaya, kepala bayi anda akan muncul dalam saluran kelahiran. Sekali kepala bayi anda telah berlalu, doktor anda dengan lembut akan menjadikan bahu bayi anda untuk membantu mereka bergerak melewati pelvis. Selepas ini, perut, pelvis, dan kaki bayi anda akan dilalui dan bayi anda akhirnya selamat tiba.

Antara Penyebab Sukar Bersalin Normal

Antara penyebab sukar untuk mudah bersalin atau bersalin normal;

  1. Tulang pelvis tidak terbuka menyebabkan kepala bayi tidak turun ke salur kelahiran
  2. Kontraksi yang tidak kuat sehingga sukar meneran atau tiada kontraksi
  3. Pernafasan semasa proses meneran yang tidak betul
  4. Jantung bayi lemah kemungkinan disebabkan tali pusat bayi terbelit
  5. Ibu dan bayi stress
  6. Bayi telah berak di dalam perut ibu
  7. Ibu disahkan mengidap kencing manis atau GDM atau penyakit lain semasa hamil
  8. Proses kelahiran yang lama menyebabkan ibu dan bayi lemah
  9. Bayi terlalu besar melebihi 4kg menyebabkan doktor memutuskan untuk ceaseran
  10. Bayi mengalami komplikasi sejak awal kehamilan

Apa yang anda boleh cuba lakukan untuk cara mudah bersalin anak pertama ialah dengan mengelakkan 10 perkara di atas dari pada berlaku sejak anda hamil lagi.

Ibu yang memiliki tubuh badan yang sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat memiliki peluang yang lebih tinggi untuk mudah bersalin secara normal. Pemakanan menentukan tubuh ibu yang sihat.

WE ARE THE PRODUCT OF WHAT EAT

Frozen Food Dan Fast Food

Cara Mudah Bersalin Anak Pertama

Jadi cara mudahkan bersalin anak pertama yang saya akan kongsi berkait rapat dengan nutrisi dan senaman semasa hamil yang saya praktis untuk kelahiran 2 puteri saya.

Nutrisi Untuk Ibu dan Bayi Anda

Protien – Protien adalah binaan asal kepada semua sel tubuh. Ibu hamil dan bayi perlukan lebih protien semasa kehamilan untuk tumbesaran bayi yang sihat.

Elakkan lebih karbohidrat dan gula kerana ia membuatkan ibu hamil berisiko terkena GDM dan bayi membesar dengan cepat. Ini menyebabkan peluang bersalin normal adalah tipis.

Baca disini untuk memahami tentang keperluan sebenar protien kepada ibu hamil.

cara mudah bersalin anak pertama

Kalsium & Magnesium– Ibu hamil memerlukan 1200 mg kalsium setiap hari untuk keperluan ibu dan bayi. Bayi anda memerlukan kalsium untuk tumbesaran tulang yang sempurna.

cara mudah bersalin anak pertama

cara mudah bersalin anak pertama

Kalsium Magnesium membantu contraction semasa bersalin kerana kedua-duanya memainkan peranan dalam membantu mengecutkan dan merehatkan otot rahim dengan sempurna. Kontraksi yang baik membantu ibu mudahkan kelahiran kerana proses kontraksi adalah untuk menolak bayi turun ke salur kelahiran. Jangan takut dengan sakit kontraksi.

Anak pertama memiliki kontraksi yang lebih lama kerana salur kelahiran belum pernah terbuka. Anda perlu bantu otot rahim dengan nutrisi yang sesuai untuk bekerja semaksima mungkin dan percepatkan proses kelahiran.

Kalsium Magnesium turut membantu mengelakkan ibu hamil sembelit.

Kekurangan kalsium dan magnesium juga menyebabkan ibu sering terjadi simpul biawak.

Baca di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang keperluan Kalsium dan Magnesium.

tips bersalin normal

Vitamin C – Membantu penyerapan zat besi yang penting untuk membina sel darah merah. Kekurangan sel darah merah menyebabkan ibu anemia dan bacaan hemoglobin rendah serta ibu mudah letih sepanjang kehamilan.

Kekurangan darah meningkatkan risiko tumpah darah, bayi kurang oksigen dan ibu semput ketika meneran. Ini menurunkan peluang bersalin normal.

cara mudah bersalin anak pertama

Minyak Ikan Omega 3 – Merupakan asid lemak Omega 3 yang mengandungi EPA dan DHA. Minyak ikan sangat tinggi khasiat dan merupakan suplemen WAJIB ibu hamil. Selain membantu membentul sel otak bayi, anda harus tahu khasiat minyak ikan bukan setakat itu sahaja.

  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi ibu hamil
  • Membantu mengurangkan risiko bayi terkena eczema atau kulit sensitif
  • Meningkatkan imun sistem ibu dan bayi

Ibu dan bayi yang sihat akan meningkatkan peluang mudahkan bersalin.

Baca disini untuk mengetahui keistimewaan kapsul emas Omega 3 untuk ibu hamil dan bersalin.

cara mudah bersalin anak pertama

Sumber Omega 3 boleh di dapati dari sumber makanan seperti ikan salmon dan telur.

cara mudah bersalin anak pertama

B-Compleks – Membekalkan asid folic dan 8 jenis Vitamin B untuk membantu ibu hamil kekal cergas. B Compleks merupakan vitamin anti stress yang boleh membantu ibu hamil mengurangkan depresi dan seterusnya mengelakkan bayi turut mengalami stress.

atasi kemurungan dengan b-compleks shaklee

Ibu hamil perlu bijak menangani stress semasa hamil yang boleh menyebabkan komplikasi ketika hamil dan menurunkan peluang untuk bersalin normal.

Lihat di sini keperluan utama vitamin Anti-Stress.

Senaman Untuk Ibu Hamil

Pemakanan dan nutrisi yang sihat tidak mencukupi. Kita perlu melatih tubuh badan untuk bersedia dengan proses kelahiran.

PRACTICE MAKE PERFECT

Jalan itik atau mencangkung membantu membuka tulang pelvis iaitu jalan keuar bayi. Jika jalan keluar lambat buka atau tidak terbuka, maka risiko untuk bersalin normal adalah nipis.

Pengalaman saya dan menjadi petua untuk kawan-kawan yang nak bersalin normal atau mudah bersalin ialah dengan x. Anda WAJIB lakukan senaman ini untuk membantu otot sekitar peranakan untuk kuat.

Senaman ini juga mempercepatkan proses kelahiran bayi anda. Cuba lah.

Dapatkan bantuan suami dan nasihat pakar jika anda ada masalah kesihatan.

senaman ibu hamil 2

Kegel adalah senaman untut melatih otot rahim dalam kontraksi. Saluran vagina akan lebih fleksible untuk proses kelahiran walaupun bayi anda bersaiz besar.

Malah, ia mengurangkan risiko koyak yang besar.

Bayi saya kedua bersaiz 4.25 KG. Berat saya sebelum kehamilan adalah 43KG. Anda boleh bayang tubuh saya yang kecil dengan bayi bersaiz besar. Alhamdulillah Allah permudahkan kelahiran bayi saya.

Jadi, jangan culas untuk bersenam tau.

senaman ibu hamil 4

Selain 2 senaman di atas, saya juga sarankan ibu hamil untuk melakukan senaman ringan 3x seminggu seperti berjalan laju, berenang jika tahu, dan aktiviti riadah bersama pasangan.

Elakkan proses food dan frozen food.

Elakkan stigma IBU HAMIL BOLEH MAKAN SEMUA.

Karbohidrat dan gula adalah PENGKHIANAT kepada masalah kesihatan anda. Baca di sini untuk lebih info.

cara mudah bersalin anak pertama

Ringkasan

Zuriat adalah rezeki kurniaan Allah. Sabar dan saling memahami antara pasangan adalah perkara utama. Kedua-dua bakal ibu dan ayah perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Banyakkan membaca dan mendapat info serta amalan keagamaan semasa hamil. InsyaAllah saya doakan semua yang membaca entri ini dan mengamalkan tips mudah bersalin dipermudahkan dalam journey kelahiran si comel anda. Amin.

tanda waktu subur 3

tips mudah bersalin 7

Bagaimanakah Jika Saya Ingin Mendapatkan Suplemen Shaklee?

Pemakanan anda menentukan prestasi dan produktiviti anda sepanjang hari. Ia adalah kunci utama yang memelihara kesihatan dan tenaga apabila anda semakin berusia. Amalkan gaya hidup sihat yang mencukupi senaman, pengurusan tekanan yang baik, diet berkhasiat dan pemakanan suplemen yang sesuai.

Shaklee Corporation teleh membuktikan semua produknya memiliki standard tertinggi dengan bukti penyelidikan bertahun-tahun. Produk Shaklee adalah selamat, terbukti berkesan dan efektif. Shaklee bukanlah pengeluar produk timbang kilo seperti lambakan produk kesihatan sekarang.

Kami memberi jaminan bahawasanya produk kami tulen dan selamat. Bukankan itu yang anda cari?

Berita baik untuk semua kerana produk Shaklee menjadi lebih murah kerana #zeroGST bermula 1 June 2018. Untuk membuat pembelian secara online melalui website shaklee2u, anda boleh klik link di bawah.

KLIK DI SINI—> Harga Set Kehamilan dan Post Natal Shaklee

cara mudah bersalin anak pertama

Nak mendapatkan produk Shaklee pada harga secara istimewa dengan penjimatan sehingga 20% serta berpeluang menjana pendapatan 4 – 5 angka sebulan?

Hubungi saya hari ini 019-4008642 untuk pendaftaran sebagai ahli.

Extra Tips : Anda boleh guna ID saya 1204762 secara PERCUMA untuk mendapatkan keahlian Shaklee. Hubungi saya (019-4008642) sekiranya anda memerlukan bantuan untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan mengenai artikel ini.

Klik disini —–> 6019-4008642 (Ayu)

Klik disini —–> Blog – kusupermak.com

Klik disini —–> FB: Norhidayu Darus

Klik disini —–> Ig – mudahnya_cantik_berpantang

Penafian: Kandungan, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di sini adalah untuk mendidik pengguna mengenai isu penjagaan kesihatan dan perubatan yang mungkin berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Laman web ini tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti kepada nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan lanjutan yang dianjurkan oleh pakar perubatan anda. Harga promosi tertakluk dengan syarat sah selagi stok masih ada.

Leave Us A Message

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.