Atasi Sembeli Anak Anda Tanpa Sakit

Posted by

Assalamualaikum & salam sayang semua

Anak anda sembelit? Kali ini saya nak berkongsi pengalaman saya sebagai ibu atasi masalah sembelit anak saya semasa usianya setahun dan cara atasi.

Kisah Anak Saya

Anak saya yang pertama, Aishah pun pernah mengalami masalah sembelit ketika umur 1 tahun. Kalau nak tau, Aishah membuang sangat lancar sebelum umur setahun. Tidak pernah sembelit. Masalah sembelit bermula ketika saya tukar susu untuk 1 tahun ke atas ketika itu Aishah berumur 1 tahun.

Selepas tukar susu, masalah sembelit sangat lah teruk sampai menangis fobia tak nak membuang. Bila sembelit maka perut dia sebu dan tak nak makan. Bila tak nak makan, saya menukar lagi susunya daripada S26 yang biasa kepada S26 PE GOLD untuk bayi yang cerewet nak makan. Saya ingat sebab Aishah memilih untuk makan. Saya belikan susu yang lengkap nutrisi walaupun harganya mahal supaya dia dapat khasiat lengkap. Untuk Aishah makan satu suap nasi pun jenuh saya pujuk.

Tapi selepas tukar susu kali ke 2, menjadi-jadi pulak sembelit. Kadang-kadang sampai berdarah punggung kerana meneran sebab sembelit. Sedihnya hati saya ketika itu. Sampai saya masuk ubat punggung, tukar susu beberapa kali lagi dan beli fiber letak dalam susu.

Akhirnya saya tukar kepada susu Anmum Essential tetapi masih bergantung dengan fiber sebab saya tidak suka bergantung dengan ubat. Tetapi saya mula fikir, sampai bila nak letak fiber ni. Bergantung dengan fiber sangat ni. Makan pun masih suam-suam kuku je. Banyak reject dari telan.

Cara Saya Atasi Sembelit Anak

Itu setahun yang lalu. Sebelum saya kenal Mealshakes dan Omega Guard Shaklee. Untuk pengetahuan semua, saya merupakan pengguna Shaklee sejak 2013! Tetapi saya tidak tahu Shaklee ada supplemen untuk atasi sembelit. Ruginya saya. Saya mula tahu selepas aktif sebagai pengedar Shaklee pada awal tahun 2017 yang lalu. Selepas banyak info yang saya belajar dari Group Coaching dan Nutritionist Shaklee.

Sekarang Alhamdulillah Aishah sudah tidak sembelit sejak berShaklee. Saya letak dalam susu dan bagi 1x setiap hari. Sebenarnya, Aishah sudah tidak sembelit walaupun saya tak bagi Mealshakes atau OmegaGuard. Tapi saya jatuh cinta pulak dengan Mealshakes  dan Omega Guard ni sebab ShakleeEffect yang Aishah dapat.

atasi sembelit set shaklee

Makan dah senang tak banyak menolak. Proses membuang menjadi lebih lancar sampai 2x sehari pulak.

Apakah Mealshakes Shaklee?

Mealshakes Shaklee merupakan multivitamin yang membekal protin yang kaya dengan 9 asid amino penting yang sangat diperlukan oleh tubuh badan anak kita. Kesemua asid amino ini tidak dapat dihasilkan oleh badan. Ia hanya boleh didapati melalui pemakanan.

Mealshakes juga menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Jika badan anak-anak kita kekurangan zat badan mereka jadi lemah dalam penyerapan vitamin.

Dengan mengamalkan minum Meal Shake setiap hari akan menjadikan mereka lebih berselera dan tidak memilih makanan. Tubuh badan mereka juga akan lebih efisien dalam menyerap sebarang vitamin dan mineral.

atasi sembelit dgn mealshakes

Wahhh bestkan Mealshake ni..

Meal Shake juga mengandungi Acacia Gum atau arabic gum atau lebih dikenali sebagai Al-Manna di dalam Al-Quran (Al-Baqarah:57).

Wah..Shaklee pun ada makanan sunnah tau.

Arabic gam mempunyai kandungan prebiotik semulajadi yang tertinggi sama fungsi dengan prebiotik yang terkandung dalam susu ibu dan 10 kali ganda kalsium berbanding susu lembu.

Fungsi prebiotik sangat unik iaitu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan merencatkan pertumbuhan fungus di dalam usus. Hasilnya masalah sembelit dapat diatasi dengan lebih berkesan dan selamat. Acacia gum juga membantu penyerapan mineral lain dengan lebih efisien.

Amboiii berganda-ganda khasiat nutrisi dapat kat Aishah ni.

 

Apakah Omega Guard Shaklee?

Sebenarnya Omega Guard adalah asid lemak Omega 3 yang penuh dengan EPA dan DHA untuk bantu tingkatkan ketahanan badan anak kita dalam melawan penyakit dan sebagai pelincir untuk lancarkan proses pembuangan juga.

Paling penting untuk perkembanagn otak supaya cerdas. Kalau kita selalu tengok iklan susu bayi di tv selalu sebut tentang kepentingan DHA. Haa..ini lah dia antara fungsi DHA.

atasi sembelit dengan mudah

Selain itu Omega Guard ini paling sesuai untuk yang ada masalah kulit sensitif disebabkan alergik dan eczema dan kulit kering.

My Shaklee Effect!

Selain dapat atasi masalah sembelit Aishah, Mealshakes dan Omega Guard sebenarnya membantu mencukupkan lagi nutrisi untuk tumbesaran Aishah. Sekarang ni walaupun halus dia makin aktif dan cerdik.

Badan dia pulak makin sado kalau peluk keras cam kayu  sebab mealshakes bagi protin untuk pembinaan sel-sel tubuh.

Bila suami puji pasal Aishah makin bijak dan tak ada sembelit lagi, saya senyum meleret jer. Sambil dalam hati tak putus-putus ucap Alhamdulillah.

Kenapa Shaklee?

1. Selamat

Produk yang selamat datangnya daripada bahan-bahan yang berkualiti, dan itulah yang Shaklee gunakan.

Produk Shaklee mempunyai sijil halal, lulus KKM, bebas GMO, tiada tambahan pengawet, pemanis atau perasa tiruan dan bebas gluten.

Manakala, bahan-bahan untuk produk dipilih secara teliti dan memenuhi standard prestasi dan penyaringan yang tinggi. Malah, standard ketulenan produk Shaklee adalah terjamin antara yang paling ketat dalam industri nutrisi dan pemakanan untuk memberi jaminan bahawa semua produk Shaklee adalah selamat.

Selain itu, Shaklee melakukan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan produk Shaklee selamat digunakan oleh anda dan keluarga anda.

2.       Terbukti

Para saintis Shaklee sentiasa mencari bahan dan ramuan yang tulen dan mujarab dari alam semula jadi. Produk Shaklee disokong oleh lebih daripada 100 pembentangan dan journal saintifik yang telah diterbitkan, yang berjaya membuktikan bahawa ia membawa perubahan kepada kesihatan anda.

3.       Berkesan

Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee adalah kajian perintis mengenai pengguna suplemen pemakanan dalam jangka panjang yang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik.

Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee [Shaklee Dietary Supplement Study] adalah kajian bebas yang dijalankan oleh University of California, Berkeley, ke atas corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi pengguna untuk jangka panjang ke atas pelbagai suplemen pemakanan.

Ini membuktikan produk Shaklee berkesan dan selamat untuk penggunaan jangka masa panjang. Kajian ini telah diterbitkan dalam Nutritional Journal pada Oktober 24, 2007.

Kenapa Anda Perlu Pilih Saya?

Shaklee telah membuktikan bahawa produknya boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Kesihatan anda dah seluruh keluarga terjamin dengan Shaklee.

Kalau dahulu, saya pentingkan diri kerana saya seorang sahaja yang ambil supplemen Shaklee. Kini, seluruh keluarga saya pula sudah mengamalkan suplemen Shaklee sebagai langkah untuk tingkatkan tahap kesihatan dan saya ingin kongsi #ShakleeEffect dengan anda.

Saya sangat komited untuk mengubah tahap kesihatan anda dan orang kesayangan melalui BigWhyShaklee dan ini yang saya alami sejak menemui Shaklee pada tahun 2013. Saya memberi konsultasi secara percuma, cara pemakanan melalui ShakleeWay dan ianya ekslusif untuk pengguna Shaklee dengan saya.

Saya mempunyai objektif #StayYoungRetireHealthy dan #RaiseOurKidsDiseaseFree kerana #HealthIsWealth. Bagaimana dengan anda?

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Hubungi saya

Saya pasti semua ibu bapa sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Usah hadkan terjemahan kasih sayang kepada anak-anak anda. Yang penting bahagia dan sihat mereka membuatkan kita tersenyum. Insha Allah.

Norhidayu  SID 1204762

No tel: 60194008642

Ig & FB: Norhidayu Darus

Your Trusted Shaklee Independent Distributor

#InspirasiMommiesJelita

Shaklee Miri

Penafian:

Kandungan, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di sini adalah untuk mendidik pengguna mengenai isu penjagaan kesihatan dan perubatan yang mungkin berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Laman web ini tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti kepada nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan lanjutan yang dianjurkan oleh pakar perubatan anda. Berbincanglah dengan pakar perubatan anda untuk diagnosis dan rawatan, termasuk keperluan perubatan khusus anda. Jika anda mempunyai atau mengesyaki bahawa anda mempunyai masalah perubatan atau kesihatan, sila hubungi pakar kesihatan yang berkelayakan dengan segera.

 

Leave Us A Message

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.