3 jenis Vitamin Anti-Oksidan Untuk Mencegah Kanser dan Penyakit Kronik

Posted by

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah. Selalu sangat kita dengar perkataan anti-oksida dan radikal bebas. Jadi saya nak huraikan serba sedikit dan apa kaitannya dengan penyakit kronik. Bolehkan kita mencegah kanser dengan nutrisi 3 jenis vitamin anti-oksida ini?

Apakah Itu Anti-Oksida dan Radikal Bebas?

Anti-oksida adalah substance yang mencegah/menghalang aktiviti radikal bebas ( penuaan selular/penuaan atau kerosakan sel sebelum usia).

Anti-oksida merupakan molekul yang mampu memperlambat atau mencegah proses oksidasi molekul lain. Oksidasi adalah reaksi kimia yang menghasilkan radikal bebas, sehingga mendorong kepada kerosakan sel. Dalam mencegah kanser, kita perlu mengurangkan proses oksidasi yang berlakau pada sel.

Pernahkah anda mendengar tentang radikal bebas?

Radikal bebas adalah bahan asing yang terhasil apabila sel tubuh terdedah dengan rokok, cahaya matahari, bahan kimia beracun/bertoksid dan juga dari tubuh kita sendiri melalui proses metabolisma.

Ketahui disini dengan lebih lanjut radikal bebas adalah hasil dari proses oksidasi.

Radikal bebas adalah molekul yang tidak stabil, dan menyumbang kepada mutasi/kecacatan struktur sel (membrane, DNA,protein) boleh menyebabkan kanser dan penyakit kronik.

Kenapa Perlu Ambil Makanan Kaya Anti-Oksida Setiap Hari?

Ada dua jenis antioksidan;
🍍endogenous yang dihasilkan oleh tubuh
🍍exogenous yang didapat dari luar tubuh terutama melalui amalan diet buah dan sayuran segar

Meskipun tubuh dapat menghasilkan antioksidan sendiri, tubuh cenderung lebih bergantung pada antioksidan yang berasal dari luar. Antioksidan ini akan bekerja dengan cara memberikan elektron pada molekul radikal bebas sehingga dapat meneutralkan sifat buruk dari radikal bebas tersebut.

Dengan kata lain, anti-oksida ialah penderma elektron. Radikal bebas kekurangan elektron dan mencuri elektron dari sel sihat kita. Justeru, menyebabkan sel kita yang sihat pada awalnya menjadi rosak dan akhirnya mati.

Sel kanser membiak dengan cara ini. Oleh itu, tubuh perlukan kuantiti anti-oksida yang sangat tinggi untuk mencegah kanser dari membiak.

anti-oksida mencegah kanser

Pengambilan makanan yang kaya dengan Anti-oksida membantu tubuh untuk menghindar dan memusnahkan radikal bebas.

Anti-oksida ni gambaran fungsinya seperti “vacuum cleaner”. Dorang tolong sedut dan cuci bersih semua radikal bebas yang berbahaya.

Jadi, selepas ini tak ada lagi yang keliru maksud anti-oksida dan radikal bebas (free radikal) yea.

Saintis percaya bahawa radikal bebas adalah penyumbang kepada kanser, katarak, penyakit jantung dan penyakit kronik yang lain.

Oleh itu, kesihatan tubuh yang menyeluruh sebenarnya bermula dengan sel yang sihat.

Selalunya, penyakit kronik adalah “silent disease”. Kita tak dapat mengukur tahap kesihatan sel sehingga kita mengidap penyakit kronik. Ketika itu, baru kita sedar bahawa sel kita telah tercemar.

Kebaikan Vitamin Anti-oksida Untuk Kesihatan Sel dan Mencegah Kanser

Antara langkah pencegahan adalah dengan mengamalkan diet yang kaya anti-oksida. Elakkan pengambilan fast food dan penggunaan alat mekap yang tidak diketahui bahannya dan berbahaya.

Amalkan pemakanan yang mengandungi Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E.

3 jenis vitamin ini terbukti merupakan sumber anti-oksida yang berkuasa dari tumbuhan dan berfungsi sebagai satu pasukan untuk memerangi dan melengkapi satu sama lain dalam memerangi radikal bebas. Seterusnya, menguatkan sistem imunisasi tubuh.

  • Vitamin A (beta-carotene)
  • Vitamin C ( larut air)
  • Vitamin E ( larut lemak)

Setiap jenis vitamin anti-oksida mempunyai fungsi tersendiri dan bekerjasama membanteras radikal bebas dan mencegah proses oksidasi (kehilangan elektron) malah berupaya mencegah kanser jika di lengkapi dengan pemakanan dan gaya hidup sihat.

Apabila radikal bebas di neutral kan oleh anti-oksida larut lemak (Vitamin E), ia di bawa ke hati untuk di musnahkan oleh anti-oksida larut air ( Vitamin C) dan seterusnya di keluarkan dari tubuh.

Malangnya, pekerjaan dan aktiviti seharian membuatkan kita tak mampu nak ambil sayur & buah segar setiap hari.

Di sinilah, kepentingan supplement vitamin A, C dan E untuk memenuhi gap nutrisi.

set+vit+ACE+antioksidan+copy-01

Jom dapatkan Vitamin Anti-Oksidan Shaklee sekarang.

Hubungi ayu untuk sebarang pertanyaan, bantuan atau pembelian InsyaAllah. Dapatkan pada harga 15-20% lebih murah bila anda jadi ahli. 😀

Ayu 0194008642
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID : 1204762

Klik disini —–> 6019-4008642 (Ayu)

Klik disini —–> Blog – kusupermak.com

Klik disini —–> FB: Norhidayu Darus

Klik disini —–> Ig – mudahnya_cantik_berpantang

Penafian: Kandungan, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di sini adalah untuk mendidik pengguna mengenai isu penjagaan kesihatan dan perubatan yang mungkin berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Laman web ini tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti kepada nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan lanjutan yang dianjurkan oleh pakar perubatan anda. Harga promosi tertakluk dengan syarat sah selagi stok masih ada.

Leave Us A Message

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.